bullet

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan atau menjaga malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan atau menjaga marahnya.

bullet

Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia akan memperolehinya dengan berkahwin.

bullet

Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

bullet

Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

bullet

Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

bullet

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda, kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

bullet

Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

bullet

Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

bullet

Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak akan melupakannya.

bullet

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

bullet

Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

bullet

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

bullet

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

bullet

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

bullet

Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

bullet

Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

bullet

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

bullet

Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

bullet

Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

bullet

Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

bullet

Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

bullet

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

bullet

Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

bullet

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

bullet

Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

bullet

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

bullet

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

bullet

Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

bullet

Wanita pada umumnya takut akan tiga perkara : Tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

bullet

Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

bullet

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.