|
1.
Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya lelaki ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi lelaki yang lahir tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak
menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang telah terjalin lama.
2.
Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak
terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3.
Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi lelaki yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong lelaki yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan lelaki yang susah untuk dimengertikan.
4.
Tarikh Lahir pada 4, & 13
Lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul
dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong lelaki yang mata keranjang dan suka
bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi
untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.
Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap
keanak-anakkan.
5.
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.
Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.
Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang lelaki yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam
soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.
Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah
mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7.
Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa
bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8.
Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa
rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang
baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang
paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi
dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang
tabah dan rela berkorban.
9.
Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah
disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat
baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10.
Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka
berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya
untuk menonjolkan penampilannya. Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah
lelaki yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana
membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah
lelaki yang sangat susah untuk dipercayai.
11.
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari lelaki yang lahir pada tarikh ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang
kelam kabut terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia
menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12.
Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Lelaki jenis ini terkenal sebagai perayu dan
sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara. |