|
Wanita Tanah
Taurus(21 April-20Mei)
Virgo(24Ogos-23 September) Capricon(22 Disember-20 Januari)
 |
Seorang
yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
|
 |
Penyabar
dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan
material. |
 |
Semangat
produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan
wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
|
 |
Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. |
 |
Sifat
marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering
terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan
sederhana. |
 |
Tidak
mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang
kekasih yang setia dan berwibawa. |
Wanita Api
Aries(21 Mac-20 April)
Leo(24 Julai-23 Ogos) Sagittarius(23 November-21 Disember)
 |
Dilahirkan
sebagai pemimpin. |
 |
Mempunyai
kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain
walaupun ianya benar. |
 |
Seorang
yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak
pemalu. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi
boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. |
 |
Suka
berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi
merasa sedih dan terhiris. |
 |
Jujur dan
mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus
diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus
berkesan. |
 |
Tidak
keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. |
Wanita Angin
Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober) Aquarius(21 Januari-19 Februari)
 |
Berterus
terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap
aspek kehidupan. |
 |
Berfikiran
terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya
boleh dicapai. |
 |
Bergaya,
tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk
mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. |
 |
Sanggup
mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. |
 |
Sentiasa
gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul untuk berkonfrantasi. |
 |
Kurang
cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam
hati mereka. |
 |
Dikenali
dan diingati kerana sifat romantis dan manja. |
Wanita Air
Cancer(22 Jun-23 Julai)
Scorpio(24 Oktober-22 November) Pisces(20 Februari-20 Mac)
 |
Mempunyai
sifat semulajadi untuk berkembang maju. |
 |
Mereka ini
dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,
berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah
dan berhati-hati. |
 |
Tenang dan
mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan
cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. |
 |
Mudah
mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. |
|