
|
“Ishhh. Hujan lebat ni. Takkan nak duduk kat kolej ni?” “A’a.. Lebat gile ni.. Macam mana nak balik rumah. Kalau tunggu teduh mau 3, 4 jam.” “Kau punya pasal la ni Nana. Ada lesen kereta simpan buat bungkus kacang putih. Kereta pulak simpan kat rumah mama abah kau. Nak suruh sape bawak? Kucing kau ke?” “Eh, suka hati aku le. Nak pakai kereta ke motor ke? Aku dah bagi kau tumpang pun kau tak bersyukur!” “Ye la tu.” “Hai!” Azlan menepuk bahu Mas dan Nana. “Warghh! Hiah!” Dengan terkejut beruk Mas melompat ke tengah hujan sambil bukak silat. “Wei Mas! Naik sini balik. Habis baju kau! Aku bukan suruh kau melompat bukak silat!” “Kau ni Lan. Kalau ye pun bagi la salam.. Ni pakai 'Hai'! Pastu tepuk bahu. Aku bagi penumbuk ni karang!” “Rileks la Mas, Lan bukan sengaja. Betul tak Lan?” “A’a. Apesal tak balik lagi ni? Oooo... lupa pulak. Korang datang naik motor kan? Meh aku hantar korang balik.” “Yes! Tak de la aku kena duduk tak pun menapak kat kolej ni! Jom Nana!” Ishh minah ni. Main jom je. Tak pikir aku nak ke tak. Motor aku ni macam mana? Sesuka die pulak. “Abis motor?” “Simpan kat sini aja la Nana, besok ambik. Aku hantar kau pergi kolej besok.” “Hah? Hantar?” “Habis takkan kau nak jalan kaki pulak. Dah motor kau kena tinggal. Lagipun rumah sewa kau dengan rumah aku bukan jauh pun. Dah ler, jom aku hantar balik!” Selamat sampai pun kat rumah. Tenangnya. “Nana! Apsal dalam kereta Lan kau diam je? Pelik aku” “Aku sebenarnya still malu lagi kat Lan pasal peristiwa bulan lepas!” “Peristiwa ape? Kau tak cerita pun.” “Tak payah cerita. Peristiwa memalukan. Bengang tak hilang lagi tau!” “Cerita la. Tak paham aku. Ape yang malu? Apa yang bengang?” “Masa aku nak balik dari kolej naik motor. Tetiba tak boleh kawal masa kat selekoh yang menuruni bukit tu. So aku jatuh. Aku pulak bawak laju time tu. Die yang kebetulan lalu kat situ tolong aku.” “Hah? Kau jatuh? Cedera parah tak?” Mas dekati aku tengok-tengok keadaan aku ade yang luka atau tak. “Wei Mas! Dah sebulan la. Takkan luka-luka kecik tu tak baik. Dah le. Wei! Ape ni!” Mas tetap tak puas hati terus mencari kesan-kesan kecederaan aku. “Mas!!! Dah le!” Dengan pantas aku terus lepuk Mas pakai bantal yang terletak kat sofa kami duduk. “Adeh! Sakit la mangkuk!” “Kau yang mangkuk! Aku cakap benda tu dah sebulan lagi mau cari kesan-kesan tu. Dah tak de la. Bukannya kena jahit. Luka-luka kecil je!”. “Ye la, ye la.” Mas menarik muka masam. “Dah la jatuh tak cakap aku. Aku nak pastikan kau punya luka masih ada pun kau marah!” “Alalala.. Rileks la Mas. Macam mana aku nak cakap. Kau time tu kan sibuk dengan teater kau.dah budak Yayasan Warisan Johor.” “Eh! Kau pun sama jugak eh.” “Tapi aku bahagian tarian. Tak susah sangat. Macam kau tu, kena berlatih, hafal skrip, pastu kena menjiwai lagi. Ish.. Cam aku berlatih, hafal step pas tu belajar senyum je!” “Ye la. Aku tau la!” “Mas! Petang ni kau ada latihan tak?” “Tak de la.hari-hari latihan, mati la aku! Aku pun nak study jugak! Takkan nak berteater sepanjang masa. Mau aku kena tendang karang sebab fail!” “Hmm.. Kalau macam tu, ape kata kite makan luar. Aku malas nak masak. Hari-hari masak sampai kering idea nak masak ape. Kite makan kat warung kat tepi kedai Seven-Eleven tu.” “Boleh-boleh tapi kau bayar. Aku tukang makan je.” “Ishh.. Macam tu la kau. Kedekut betul. Ye la, aku bayar.” “Hmm.. Cayang kau Nana!” “Ye la, aku belanja baru nak sayang. Kalau tak belanja tak nak sayang.” “Hehehe..” ******************* Hari Ahad. Best betul!! Tak de kuliah. Boleh aku rileks.. Huarghh. Mengantuknya. Tidur balik la. Baru pukul 8.30 pagi. Hmm.. Zzzzzzz.. “Nana!!!! Nana, Nana, Nana!! Mengorok pulak minah ni.. Mentang-mentang hari Ahad. Wei Nana!! Bangunlah! Nana!” “Kau nak ape? Mengacau aku nak tido je!” “Kau ni memang la. Tido je kerjanye. Aku nak ajak kau shopping ni!” “Shopping ape pagi-pagi buta ni?” “Pagi kau cakap? Wei! Kau sedar tak ni sekarang dah pukul 11.30 pagi. Dah nak tengahari ni!” “Ape pulak. Cuba kau tengok jam tu. Baru pukul 9.00 pagi!” “Wei makcik! Kau ingat tak aku cakap ape semalam pasal jam tu?” “Ape? Oohh.. a’ah.. jam tu bateri habis!” “Hah! Ingat pun kau! Dah bangun! Pergi mandi, siap-siap. Kite keluar!” “Nak pergi mana?” “Mana lagi kalau muka aku ni. Pergi CS [City Square] la!” “Tak de tempat lain ke? Boring la aku asyik tempat tu je! Naik muak aku. Agaknya CS tu je kot tempat paling best dan grand.” “Wei! Kau diam aje le. Ikut je. Lagipun ade yang nak belanja lunch ni. Kejap lagi dier sampai!” “Sape pulak yang bermurah hati nak belanja ni?” “Azlan.” “Hah?!! Tak nak la aku.. Kau pergi sorang-sorang!” “Tak boleh pasal die ajak kau sekali!” “Apsal pulak?” “Agaknya pasal die dah syok kat kau tak?” “Syok kat aku? Malangnya die!” Tapi kalau betul-betul syok best jugak. Jejaka idaman sekolej tu. Ntah-ntah idaman satu JB ni! Tapi aku tak sanggup la bila kenang-kenangkan balik peristiwa memalukan. Ishh.. Kalau peristiwa tu tak berlaku, pastu betul-betul die suka kat aku, syoknyee... Syok gile babas!! “Wei Nana! Berangan pulak! Cepatlah siap!” “Ye la!” Mandi lama-lama best ni. Biar padan muka manusia-manusia yang ada tu.. Hehehehhe.. “Lamanya mandi? Mandi ke timba air dulu baru mandi?” “Timba airlah ni.. timba dari perigi mata air kat belakang rumah tu!” “Ceh! Takpun make up 10 inci?” “Ade kau nampak sampai 10 inci? Aku rasa aku pakai lipstik je!” “Ellehh! Kau ni lain kali cepat.. Kesian kat Lan tu.. Lama tunggu!” “Hehehe.. Sorry ye Lan..” “It’s ok! Jomlah!” “Fuiyoo.. Hari tu Satria GTI, ari ni Mitsubishi Lancer Hybrid VR4.. Kereta kau ke Lan?” “A’a.. Yang ni kereta aku.. hari tu kereta adik aku.. Aku tak pakai kereta aku pasal adik aku tu menyibuk nak pinjam kereta aku!” “Mana tak pinjam.. Kereta lawa!” Lawa ke kereta ni? Rabun kot si Mas ni.Aku rasa lawa lagi kereta aku kat rumah tu. Die je tak tengok. Bukan best sangat.. Aku pun modified kereta aku.. Tu pun abang aku yang tolong modify. “Wei Nana! Ape tercegat kat situ .Cepatlah!” “Kejaplah!” Aku datang terhegeh-hegeh. Hmm... teringat pulak kat kereta kesayangan aku kat rumah.. Honda Civic EF3 warna merah. Ape khabar sweetheart aku tu. Hmm.. abang aku tu start tak enjin die tiap-tiap pagi. Kalau tak mesti tak jalan kereta tu. Ishh.. janganlah tak jalan. Aku jugak yang merana. “Wei Nana! Sini kejap!” “Ape?” “Lawa tak kasut ni?” “Alaa.. Kalau dah jenama PADINI, semua lawa..” “Ape maksud kau? Oooo.. Maksud kau asal jenama je, buruk ke lawa ke semua boleh jadi lawa. Betul tak?” “Tau pun kau!” “Ceh!” Boring betul minah ni. Kalau shopping memang lembab. Kura-kura pun cepat.. “Err.. Nana tak nak beli ape-ape ke?” “Tak nak.. Malas nak bazir-bazir duit beli baju, kasut semua-semua ni.. Kat rumah dah penuh sealmari.. sampai tak cukup tempat nak letak. Baik bazirkan duit kat kereta saya.” “Kereta? Kereta ape?” “Biasa je.. Honda Civic EG6.” “Hmm.. Tau jugak modified-modified kereta?” “Tau sikit-sikit. Abang yang ajar.” “Ooo.. Ade abang rupanya..” “A’ a. Kenape? Pelik ke?” “Tak de la.. Biasa je.. Saya pun ade abang.” ******************** Cuti yang paling best. Dapat balik rumah mama abah aku. Rindu pulak kat kereta aku tu. Ape khabar le ek? Aku mesti pastikan benda pertama aku tengok ialah kereta aku. My sweetheart. Lama tak pakai. Macam nak bawak je ke sana. Buat pergi kolej.. Tak de la nanti jatuh-jatuh motor macam nangka busuk. Tak ler kena hujan. Hmm.. best jugak. Boleh join kelab kereta mana-mana. Tu pun kalau ade kawan aku join. Hmm.. “Mama!! Nana balik ni!” “Hah Nana! Masuk la..” “Kejap-kejap. Nak tengok kereta.. Abang ade start tak enjin kereta ni?” “Kau ni tak habis-habis kereta.. Abang kau tu bukan setakat start pagi-pagi, siap pakai lagi setiap Sabtu supaya kereta tu nanti boleh berjalan.” “Ye ke.. Bagus la tu. Tak le kereta ni susah nak start.” “Dah le, masuk la.” “Iye mama..” “Macam mana belajar kat kolej tu?” “Ok je mama.. Tak de la yang best sangat. Kenape?” “Haii.. Tanya pun tak boleh?” “Boleh.. Tapi semacam je bunyi tu.” “Hmm.. Ada-ada je kau ni!” “Hehehe.. Mama ni.. Macam tak biasa pulak. Ada kawan Nana telefon tak?” “Telefon? Tak ade. Kenape? Kau tunggu panggilan buah hati kau ke?” “Ishh.. Ke situ pulak mama ni. Sape yang malang tu dapat Nana?” “Memang malang pun sape dapat kau tu. Macam lelaki. Nasib baik tau buat kerja rumah. Kalau tak lagi ler malang!” “Ahahaa.. Biasa la mama. Zaman moden. Perempuan sama taraf dengan lelaki. Ape lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat.” “Ye la. Tau le. Tapi kite ni tetap kaum yang lemah.. Perempuan.. Tak semua boleh kite buat jugak. Contohnye menjadi Imam masjid!” “Itu memang la.. Dah hakikat. Mama ni teruk betul la.” “Tau pun kau!” “Mama masak ape tu?” “Masak ape lagi! Kek coklat favourite kau la!” “Sedapnye.. Ni yang best ni. Sayang mama.” “Abiskan. Kau tak abiskan, aku malas nak buat lagi!” “Mesti-mesti. Favourite ni. Mana boleh tak habis. Mesti habis punya!” Sedap betul kek tadi. Selazat-lazat kek. Hmm.. Terasa lagi sampai sekarang.. Ishh.. Mana stock chupa chup aku ni? Ishh.. Habis ke? Tak mungkin.hari tu banyak lagi. Penuh satu bekas. Ni mesti ade penyamun tak cukup makan rembat. “Mama!!” “Apenye tu lagi Nana? Terjerit-jerit macam nampak hantu!”. “Mana chupa chup Nana? Hari tu banyak lagi. Satu bekas!” “Kau tanyalah abang kau!” “Argghh!! Teruk betul lah mangkuk ayun sorang tu!” Abis chupa chup aku.. Memang tak boleh kalau tak sembunyikan. Mesti hilang.. Tension betul! Kena pergi kedai. Malas betullah! “Uncle! Saya nak chupa chup tu semua sekali!” “Semua ke?” “A’ a... semua sekali!” “Bagi anak sedara ke?” “Tak de lah. Saya yang makan sendiri.” “Assalamualaikum..” “Waalaikummussalam. Lan! Kau buat ape kat sini?” “Aik? Tolong bapak aku berniaga tak boleh ke?” “Bapak? Uncle ni?” “A’a..” “Ayah, ni Nana. Kawan Lan satu kolej.” “Ooo.. Anak ni suka makan chupa chup ni ke?” Alamaks.. Malunya.. “Err..A’a.” “Ni uncle kasi diskaun untuk anak ni.” “Err. Terima kasih uncle.” Aiseh.. Apsal malaun tu kat sini pulak. Sejak bila la malaun tu boleh ada kat sini. Ishh. “Nana!” “Eh Lan.” “Nak balik ke? Saya hantar awak la” “Tak ape la. Bukan jauh pun. Depan tu je.” “Tak sudi saya hantar ke?” “Tak pe lah. Tak nak menyusahkan awak.” “Alaa.. Rumah awak tu bukan jauh pun dari rumah saya.” “Hah?” “Mari saya hantar.” Isk.. Malaun ni.. Mana la tau rumah aku. Pelik aku. Pelik bin ajaib.. “Mana awak tau ni rumah saya?” “Saya dah lama tau. Saya bukan sehari dua duduk sini. Saya dah 3 tahun duduk sini. Lagi pun saya kenal abah awak.” “Kenal?” “Siapa tak kenal usahawan macam dia.” “Err. .Awak pindah kat sini sebab ape?” “Ayah saya tu. Nak tukar angin katanya. Asyik duduk kat bandar besar. Sekali sekala nak jugak duduk bandar kecil macam ni.” “Ooo..” Arghh.. Mampus aku.. Tak tenteram hidup aku si Lan kat sini. Macam mana aku boleh tak tau selamba badak je muka die bila mama tanya 'awak ni boyfriend Nana?'. Huh! Badak pun lagi hensom dan cute! Tengok aje ler Blue Hyppo tu.. Cute! Dah tu plak glamour and famous lagi! Tapi nasib baik die cakap kawan. Kalau tak sah kat kolej aku lepuk habis-habisan. Beberapa hari lagi nak balik kolej. Balik karang nak bawak kereta la. Nanti tak ade lagi insiden memalukan macam dulu. Ishh. Malu gile babas time tu. Bukan malu je dapat, sakit sekali aku dapat! Kringg..kringg.. Telefon pulak. Hmm... Tak ade orang ke nak angkat? Aku tengah malas gile ni. Wargghh... Tak de oranglah tu.. “Helloo..” “Nana?” “Sape ni? Nak ape?” “Lan. Esok kite keluar nak tak?” “E’eh. Angin ribut taufan mana melanda ni? Tak pun angin monsun mana yang melanda? Tiba-tiba ajak keluar. Kenape?” “Angin monsun barat daya ni tengah melanda. Saja nak ajak Nana keluar. Lagipun Nana tu asyik duduk rumah je. Tak bosan ke? Sekali-sekali keluarlah.” “Tak bosanlah! Malaslah nak keluar. Lan keluar sorang-sorang la.” “Saya baru nak ajak awak pergi tengok budak-budak club motor dan kereta berhimpun dengan kereta diorang. Awak pulak tak nak. Tak pe lah kalau tak nak.” Budak kelab motor dengan kereta berhimpun? Apsal abang aku tak cerita pun? Takkan lupa kot. Ishhh. Mana boleh tak pergi. “Err... Lan, Nana ikutlah.. Tapi kereta asing-asing. Nana ikut je.” “Ok! No hal! Abang Nana tak cerita ke pasal benda ni?” “Tak. Lupalah tu agaknya. Selalu benda-benda macam ni die cerita.” “Oklah, esok pukul 11 pagi saya datang rumah awak. Lepas tu awak follow je la saya yek!” “Yup! Ok. Thanks Lan.” “Welcome. Bye!” “Bye!” Nasiblah si malaun ni bagi tau. Mana boleh lepas peluang ni woi. Bukan senang tu. Best tau tengok kereta orang. Karang kalau nak modify lagi kereta ade idea.. Hmm.. Peluang tak boleh dilepaskan begitu sahaja! Lagipun aku pun bosan jugak terperap je kat rumah. Tapi.... Malu aku? Gasaklah. Lupakan aje malu tu je. Cerita lama.. Wow! Cun-cunlah kereta diorang. Malu aku bila tengok kereta aku! Alaa.. Ni dah kire baik ade kereta. Nanti-nanti lepas aku dah kerja, aku beli kereta best-best. Pastu aku modify baik punya. Cantik pula Wira EVO 111 ni. Hmm enjin baik punya tu. 4G63 EVO, DOHC 16 Injap, empat silinder sebaris, turbo intercooler, penurus udara HKS.. Pastu pakai laks intercooler EVO 111 piping stainless steel, injap bleed X 5. Peh!! Jangan memain tu.. Colour blue! Cantik. Ni pun tak kurang hebat gak. Walau pun kancil. Modified cantik! Kancil Mira L200s. But colournye kureng skit. Pearl orange. Kalau warna hitam or blue black maybe cantik. Ishh. Lawa tul kereta ni. Kereta siapalah ni. Kalau dapat naik best ni. Nissan SKYLINE GTS25t. Bestnye kalau dapat naik ni. “Berkenan dengan kereta ni ke?” “Err.. Mana tau?” “Lagi tadi saya tengok awak. Asyik belek je kereta ni. Saya panggil dari jauh tak dengar. Saya datang ni baru dengar.” “Awak panggil ke tadi?” “Ye la.. Nak tau about kereta ni?” “Boleh jugak.” “Kereta ni ambil kos yang tinggi nak ubah suai. About RM23000. Mahal tau!” “Wow! Mahal jugak.” “Nak try naik ke?” “Ishh.. Macamlah ni kereta die.” “Memang kereta saya pun.” “Hah?” “Dah, jomlah kite naik kereta ni!” Ishh biar betul mamat ni. Kereta die? Tak percaya aku. Kaya benar die ni!. “Err.. betul ke ni kereta awak? Abis kereta tadi?” “Memang kereta saya ni. Kereta tadi tu pun kereta saya. Saya ada 2 kereta. Cuma jarang pakai kereta ni sebab sayang.” “Kalau sayang simpan dalam bilik la!” “Memang ade bilik pun untuk kereta saya ni” “Hah?!!” “Terkejut?” “Ye la.. Sape-sape pun akan terkejut. Bukan sikit-sikit makan belanja untuk kereta ni. Mana awak dapat duit hah?” “Kerja.” “Kerja?” “Saya model sambilan, penulis novel, ada kedai sendiri. Dapatlah duit.” “Biar betul Lan ni.” “Betullah!” Ishh malaun ni. Biar benar. Betul ke die ni model? Tapi tengok gaya, tak de pun macam model. Sempoi semacam. Selalu model punyalah bergaya. Ishh.. “Best tak kereta saya?” “Yup! Best! But, sape yang bawak kereta awak ni ke sini?” “Adik saya. Tu die!” “Ooo.. Ok lah Lan, Nana nak balik. Lagipun penat dah ni.” “Ok, thanks sebab sudi keluar dengan Lan.” “Welcome!” ******************** Boring. Pergi kedai mamak tu kejaplah. Tengok magazine yang best-best kejap. Ishh.. Macam ku kenal lelaki ini. Tapi di mana ya? Ishh. Biar betul mata aku! Ni Lan! Betul ke? Betullah ni Lan. Ada nama tertulis ni. Ya Allah.. Betullah die ni model! “Mamak! Berapa harga ni?” “Dey, RM4.90 aja.” “Nah! Keep the change!” “Thank u amoi!” “Ape pulak amoi! Saya melayu lah!” “Tarak papa la. Amoi ka, apa dey. Sama aja.” Tak percaya. Sungguh tak percaya. Memang die model. Apsal boleh aku tak tau? Patut la ramai student kat kolej syok habis kat die. Ye la, model. Sape tak nak. Kalau bagi kat orang gile pun bertambah-tambah gile orang gile tu. Arghh.. Whateverlah. Yang penting die bahagia. Lagipun die tu serius sangat. Takut aku! Kalau die tu pak lawak, sah boleh jadi calon suami aku! Hishh.. Ke situ pulak aku ni! Tapi betul ape? Tapi kalau fikir-fikir balik, susah untuk aku percaya lelaki ni.. setelah Shah buat aku macam ni. Lelaki semua sama. Cintakan perempuan hanya kerana nafsu je. Hanya berape ketul je yang cintakan kerana ikhlas dan sayang.. Lain sayangkan tubuh! Argghh.. Malas aku nak fikir! Buat sakit kepala otak aku je! “Wei Nana! Kau tak tengok Lan jamming ngan band die ke?” “Ape kena mengena Lan ngan aku pulak ni?” “Laa.. Jangan ingat aku tak tau. Kau ngan die ade ape-ape kan?” “Hishh.. Merepeklah kau ni! Sejak bila la budak tu jadi.. Ishh gile!” “Hmm.. Abis tu yang kecoh satu kolej kau keluar pergi join budak-budak motor ngan kereta berhimpun tu dengan die ape hal?” “Mana kau tahu ni. Memang aku keluar dengan die. Tapi kereta lain-lain yek! Tak kuasa aku!” “Hmm. Ye la aku percaya. Tapi dari aku tengok cara Lan tu, die memang macam suka kau je. Tak kisahlah kau ikut aku pergi tengok die jamming.” “Hey! Tak nak la.” “Ikut jugak!” Hai minah ni..Menyusahkan aku aje. Ingat aku ni ape ke?. Dah le kecoh satu kolej pasal aku keluar tu. Ni nak tambah gie tengok die jamming. Arghh.. Gasaklah! “Best jugak ek lagu die!” “A’a.. best tu.” “Lagu ni special for a girl with blue t-shirt! Lagu ni dari band favourite die. Sheila On 7, Seberapa Pantas.” “Eh Nana! Die dedicate lagu tu untuk kaulah!” “Ishh.. Dah lah jom blah. Malu aku lah! Semua pandang.” “Nanti-nantilah. Dengar le dulu.” “Tak nak lah Mas! Tolonglah aku rayu!” “Aku peduli ape! Duduk je. Dengar kasi habis. Lepas tu kalau nak blah, blah le!” “Mas..” Malu aku. Malu amat-amat malu.. sah besok mesti ade mulut-mulut tempayan yang terlupa nak tutup. Ishh.. Mas ni memang sengaja! Menyusahkan aku!. Lan pun sama jugak. Masing-masing macam ade pakatan sulit diorang ni.. Benci aku! Meluat! “Nana! Sampai hati kau tinggalkan aku. Nasib baik Lan hantar aku balik!” Lan, Lan, Lan..Tak ada nama lain! Jelek aku! “Nana! Kenapa ni? Kau marah aku ke? Sorry la. Lan yang suruh aku bawak kau. Mati hidup semula kau mesti datang. Nana, Lan suka kat kau.” “Mas! Dah tak ade manusia lain ke kau nak sebut. Aku bencilah. Jangan kau sebut nama die lagi!” “Tapi Nana. Die suka kau!” “Kalau die suka aku sekalipn, die tu tak ade mulut nak cakap sendiri?” “Nana..” “Sudahlah!” “Maafkan saya Nana! Sepatutnya saya tak berhak buat begitu. Tapi saya suka awak”. Aku terkejut. Dan menoleh. Macam mana malaun ni ade kat sini.. Arghh.. Benci aku! Baik aku naik atas! Aku terus berlalu sambil menangis. Die suka aku? Ishh.. Tidak! “Nana, sorry. Please. I like you.” Maaf : Jikustik Kau menyisakan tangis, Pertengkaran semalam, Diantara kita. Kini ku harus berdiri, Ditepian hati, Bimbang tuk memilih. Kau harus tahu, Dalam hatiku bergetar, Waktu kutahu, Kau terluka saat aku.. Buatmu menangis, Buatmu bersedih, Ingin kumemelukmu, Dan ucapkan maaf, Maafkan aku..maafkan aku..maafkan aku.. Aku, aku pun mencoba, Tuk beri yang terbaik, Untuk kau miliki. Nana, maafkan saya. Saya betul-betul ikhlas sukakan awak. Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak. Awak terlalu istimewa. Baik, tegas dan gile-gile. Susah untuk cari orang seperti awak. Lebih-lebih lagi minat yang sama. Jarang untuk jumpa perempuan yang minat kereta-kereta modified ni. Saya harap awak terima saya Nana. Saya harapkan awak.
Seberapa pantas kau tuk kutunggu
Seberapa hebat kau tuk kubanggakan Saya akan tunggu keputusan awak. Tak kira apa jua keputusan awak nanti. Saya tetap akan tunggu awak.. Lan. Die ni tak habis-habis. Menyusahkan aku! Sakitkan kepala aku! Ada apa dengan cinta? Tak ada ape-ape. Kerana cinta aku jadi macam ni! Argghh.. Manusia bernama Shah tu. Hanya bercinta kerana nafsu! Nasib baik aku tahu perkara sebelum kena. Semua lelaki tu sama! Aku takkan terima cinta manusia yang bergelar lelaki begitu mudah. Baik tengok sejauh mana diri die sebelum terima. Baik aku jual semahal-mahalnya. Aku bukan pelacur nak jual murah-murah! Aku harap dapat jumpa Lan untuk perkara ni.... Hmm.. balik dulu lagi baik. Tunggu lama-lama kat kolej bukan ade ape. Makin banyak gosip adelah! Merayau pergi Angsana ke mana ke best jugak.. Argghh.. Merayau time! Hmm.. tengah offer pulak. Ni yang bagus ni beli baju sehelai dua. Hmm.. Lawa jugak baju ni. Beli la.. Beli selagi tengah murah. Kalau dah mahal esok, aku jugak gigit jari. “Nana..” Macam kukenal suara tu.. “Lan.” “Nana, please. Saya rayu kat awak.” “Maafkan saya Lan. Sekali saya pernah kena tipu dengan lelaki yang cintakan saya kerana nafsu, susah untuk saya terima lelaki sehingga saya yakin kejujurannya.. Kalau awak sanggup tunggu saya, tunggulah. Kalau awak tak sanggup, cari saja perempuan lain.” “Apa jua katamu itu. Aku terima. Dan aku sanggup tunggu kau. Sebab aku tahu aku sayangkan kau. Seberapa lama masa kau nak ambil untuk mengetahui kejujuran aku, ambillah.” “Dan jangan sekali-kali menyesal dengan kata-katamu.” “Aku takkan pernah menyesal. Aku tahu satu hari kau jadi milikku.” ******************** 4 tahun dah berlalu, dan hampir 2 tahun aku tak jumpa kawan aku si Mas. Hari ni baru nak jumpa. Ye la, masing-masing sibuk. Kerjaya yang diimpikan sudah pun tercapai. Aku pun dah ade 2 biji kereta yang fully modified. Jangan marah.. Macam mana agaknya muka Mas tu ye? Mesti makin lawa. Mas memang lawa pun. Anak kacukan melayu cina. Tentunya lawa. Betul tak? “Nana!!!” “Mas!! Rindu betul aku kat kau!” “Aku pun. Aku ade surprise untuk kau.” “Ape?” “Kejap. Aku bagi signal kau orang tu.” “Ape ni main signal-signal.”
Seberapa pantas kau tuk kutunggu
Seberapa hebat kau tuk kubanggakan
Oh sayangnya...
Oh sayangnya... Ya Allah.. Lan.. “Nana, terimalah die. 4 tahun die tunggu kau. Selama 4 tahun die setia tunggu kau.. Kau tak kesian ke?” “Alaa.. lelaki. Takkan tak de kot. Masakan ade lelaki yang sanggup tunggu macam tu.” “Tak baik kau cakap macam tu. Aku ni tempat die tanya tentang kau. Seminggu 3 kali die telefon aku tanya pasal kau. Takkan kau tak percaya lagi. Die betul-betul sayangkan kau.. die betul-betul cintakan kau. Terimalah die Nana.. Jangan kerana Shah kau terus seksa die.” Biar betul Lan ni. Betapa kau sanggup buat begitu.. Maafkan aku Lan. Kali aku benar-benar yakin. Kau memang ikhlas terhadapku. Aku menangis. “Nana, terima kasih kerana sudi untuk menerima diri ini. Aku tahu aku tak sehebat mana. Aku tahu aku tak sebaik mana. Tapi kau sanggup terima aku setelah 4 tahun berlalu. Sekarang aku harap kau yakin terhadap diriku yang benar-benar ikhlas.” “Maafkan aku kerana menyeksamu. Aku lakukan kerana aku tak percayakan lelaki setelah apa yang berlaku suatu ketika dulu. Dan kaulah lelaki yang berjaya meyakinkan aku bahawa bukan semua lelaki macam tu.. dan aku ucapkan terima kasih kerana menyayangiku dan setia menantiku.” |