
|
Farah termenung... Dia masih lagi teringatkan gadis tadi, gadis yang rupanya mirip dengan dia. Dari gayanya, Farah tahu dia anak orang berada... . gayanya lemah-lembut, bicaranya perlahan, senyumannya menarik dan yang penting... lelaki di sisinya tadi tampan dan bergaya orangnya. Farah mengeluh... kenapa nasib gadis itu sungguh bertuah sedangkan dia tidak? kalaulah dia dapat berada di tempat gadis itu alangkah bagusnya... "Apa yang kau termenungkan ni Farah?" Farah menoleh, rupanya Sufian... rakan sepermainannya sejak kecil yang menegur. "Kalau aku kaya kan bagus... " ujar Farah perlahan. "Kenapa ni? Tiba-tiba je... " Farah mengeluh lagi. "Kalau aku tak kaya pun takpe, tapi asalkan dapat kahwin dengan lelaki kaya pun bagus kan?" Sufian kelu seketika. "Apa kurangnya aku? Walaupun aku taklah berada sangat tapi at least aku boleh juga tanggung kau apa!" Farah terkejut mendengar kata-kata Sufian. "Kau serius ker ni?" giliran Sufian pula mengeluh. "Selama ni aku sering meluahkan perasaan pada kau, apa kau ingat aku memain ke?" Farah terkedu. "Sorrylah Pian, aku betul-betul ingat kau memain je. Lagipun aku takde feel lah dengan kau." Farah berterus-terang. "Hina sangat ke aku ni Farah?" sayu suara Sufian. "Bukan macam tu Pian tapi... kau pun tahu kan yang cinta tak boleh dipaksa, kalau orang tak suka... kau paksa macam mana pun orang takkan suka. Lagipun aku ni bercita-cita tinggi, aku takkan puas hati kalau aku cuma dapat kahwin dengan orang macam kau je... " luah Farah. Kecik hati Sufian mendengar kata-kata Farah. "Maafkan aku Farah... . mungkin betul kata kau tu... kita memang tak layak!" Sufian kemudian berlalu meninggalkan Farah. "Wah!Happy kau Farah?" tegur mak Pah, jiran rumahnya yang juga ibu Sufian. "Farah dapat cabutan bertuah tadi... hadiahnya berlayar 3 hari 2 malam atas kapal besar!" ujar Farah riang. "Beruntung kau Farah!" Farah tersenyum gembira. Bukan calang-calang orang boleh pergi ni. Tak sangka, selama dia pergi Annual Dinner yang diadakan oleh syarikatnya tak pernah dia dapat hadiah besar semasa cabutan bertuah... sekarang ni tiba-tiba je! Mungkin aku akan bertemu dengan anak orang kaya kat sana tak? detik hati Farah. mengenangkan itu, Farah menjadi riang dan berdebar. Berada di atas kapal yang hanya muncul dalam mimpi selama ini memang sukar nak percaya, tapi itulah kenyataannya... dia telah pun berada di situ... Sedang Farah leka memerhatikan keadaan dan orang di sekeliling, tiba-tiba matanya terpaku pada seseorang... lelaki tampan yang pernah dia lihat bersama gadis yang serupa wajah dengan dia. Betul... wajah gadis itu memang serupa dengannya! Lalu dengan langkah berhati-hati, dia mengekori gadis itu ke biliknya... "Awak siapa!?" Farah terkejut, baru saja dia ingin angkat kaki gadis itu menyuruh dia masuk. Perlahan dia masuk dan berdiri berhadapan dengan gadis itu. Mereka saling berpandangan, bagaikan melihat cermin... . mustahil... ! "Saya ingatkan saya cuma tersilap pandang, tak sangka yang ada gadis di mana rupanya betul-betul macam saya!" ujar gadis itu riang. "Siapa nama awak?" "Farah!" sepatah dijawabnya. "Saya Farhana!" suasana sunyi seketika. "Saya pernah ternampak awak dulu, tapi saya ingatkan saya salah tengok... tapi tadi sekali lagi saya ternampak awak sebab tu saya tipu Is kata yang saya tak sihat dan nak berehat di bilik." jelas Farhana ramah. "Is?!" Farhana tersenyum, dia lupa yang gadis itu tidak mengenalinya. "Iskandar, bakal tunang saya... sebenarnya kami berkawan dah lama, kalau tak kami awal-awal lagi dah bertunang cuma... sebab dia terpaksa melanjutkan pelajaran, jadi kami terpaksa tundakan pertunangan kami tapi sekarang dia dah balik... ." seperti dah berkenalan lama Farhana terus menceritakan tentang dirinya. Farah mendengar dengan tekun. Dalam hatinya terbit rasa cemburu dengan kebahagiaan yang dimiliki Farhana. "Oh ya!Awak belum ceritakan diri awak... " Farah menggeleng. "Takde yang menarik tentang saya... cuma orang biasa, miskin... " sayu suara Farah. "Awak tak boleh cakap macam tu... awak tahu tak sebenarnya saya cemburukan awak. Kehadiran awak ni, saya rasa macam suatu kurniaan dari Tuhan kepada saya." berkerut dahi Farah. "Maksud awak?" Farhana menghampiri Farah. "Sebenarnya dah lama saya harapkan agar ada orang yang serupa dengan saya muncul supaya saya dapat lari dari semua ni!" Farah tergamam seketika. "Mungkin awak pelik, tapi sebenarnya saya dah bosan dengan kehidupan seperti ini. Sentiasa terkawal, malah saya tak boleh buat sesuka hati... tak macam awak, bebas... riang... " Farah tertawa mendengar kata-kata Farhana. "Awak ni tak betul ke? Saya lebih suka kalau dapat hidup macam awak, kaya... ada rumah besar, ada kereta boleh pakai baju cantik, boleh pergi parti yang besar-besar... . macam saya ni apa yang ada?" mendengar kata-kata Farah, Farhana teringatkan sesuatu. "Oh ya! Malam ni ada parti di sini." Farhana mengambil sesuatu dari alamari dan menyerahkannya kepada Farah. "Dalam ni ada gaun, awak pakainya dan tunggu saya di tempat tadi... pukul 8 malam. Saya akan datang cari awak!" "Tapi untuk apa?"ujar Farah hairan. "Kan awak kata nak pergi parti?" "Sa... saya?" Farhana mengangguk. "Ta... tapi.. tapi... " Farhana menolak Farak keluar. "Takde tapi tapi lagi... .ok? Jumpa lagi malam ni!" Farhana menutup pintu biliknya. Farah tiba-tiba menjadi cemas. Malam itu, seperti dijanjikan Farah menunggu... beberapa ketika kemudian Farhana muncul dengan pakaiannya yang kotor... "Saya sengaja kotorkan gaun saya, lepas tu saya cakaplah nak tukar baju... " jelas Farhana. Gila betul gadis ni, detik hatinya. "Ok, baik awak pergi sekarang... lepas tu awak datang sini balik pukul 10!" Farah mengangguk faham... lalu dia melangkah dengan hati yang berdebar-debar... Farah tergaman melihat kemeriahan yang tak pernah dia saksikan selama ini. "Hai... " tiba-tiba sesorang berbisik di telinganya. Farah menoleh dan hatinya berdegup kencang apabila melihat Iskandar di sisinya sambil tersenyum... . lalu Iskandar memegang tangan Farah yang disangkanya Farhana dan mengajaknya menari... mujur Farah pernah pelajarinya dan sepanjang malam mereka menari... "You dah penat?" akhirnya Iskandar bertanya. Farah yang tidak sedar mereka telah menari sepanjang malam mengangguk perlahan. Dia melihat jamnya, pukul10! Tak sedar pula! Lalu dia tergesa-gesa keluar tapi Iskandar menarik tangannya. " You nak pergi mana?" Farah tergamam seketika. "I... I... nak balik bilik, penat... " "Kalau macam tu biar I hantar... " sepantas kilat Farah menggeleng. "Takpelah... I boleh balik sendiri... " farah gugup. "It's ok... jom!" Iskandar menarik tangan Farah. Farah tak tahu apa yang perlu dilakukan... . "Isk!" langkah Iskandar terhenti. "Yes?" lembut saja tuturnya. "You tunggu kat sini sekejap boleh tak?" "Why?" Iskandar hairan. "Please... .." akhirnya Iskandar mengangguk. Selepas itu, segera farah berlari menuju ke tempat yang dijanjikan dengan Farhana... tapi Farhana tidak kelihatan. "Cik Farhana! saya dah datang ni... " "Farah! Farah tolong saya!" Farah mencari punca suara. "Awak kat mana ni?" "Sini! Kat hujung ni!" Farah menuju ke hujung dek dan kelihatan farhana tergantung di situ. "Ya Allah! Apa terjadi?" "Saya terjatuh!!" Farah memanjat besi palang dan cuba menarik farhana ke atas... Ya Allah beratnya! "Honey what are you doing?" Faraha terkejut, kelihatan Iskandar menuju ke arah mereka. Tiba-tiba Farah tak dapat mengimbangi diri sendiri lalu dia terjatuh sekali bersama farhana... . "Hana!" Iskandar cuba nak menarik kekasihnya tapi tak sempat. iskandar hairan, siapa seorang lagi gadis yang jatuh... kerana keadaan yang gelap dia tak nampak malah tak pasti mana satu Farhana tapi yang pasti seorang dari mereka tidak tahu berenang... "Tolong..." tercungap nafas farah tenggelam timbul... mujur farhana tahu berenang lalu dia menghampiri Farah dan memegangnya. "Jangan lawan... bertenang farah!" tapi keadaan arus yang kuat menyusahkan Farhana. "Argh!" mereka terlanggar kapal besar itu apabila ombak menolak mereka. "Sambut pelampung tu!!!" Farhana segera mengambil pelampung yang dicampak dan menyuruh Farah berpegang pada pelampung itu tapi farhana yang tidak dapat mengawal badannya kerana ditolak ombak kuat terlanggar kapal sekali lagi... kali ini kepalanya yang terhantu kuat dan berdarah... dia terasa pitam dan dunia perlahan menjadi gelap... Perlahan gadis itu membuka mata... "Baby, how are you?" Farah tercengang. Siapa pula ni? "Baguslah dia dah sedar... " "Hana, baguslah you dah sedar... Takut I dibuat you." tergamam Farah apabila Iskandar tiba-tiba memeluknya erat. Jantungnya berdegup kencang... "Apa yang you buat kat situ? Siapa yang berada dengan you? Dia kawan you ke? Macam mana dia boleh tergantung kat situ?" soalan bertalu tu buat Farah cemas... kenapa mereka menganggap dia farhana? Mana Farhana sebenarnya... "Honey are you alright?" Farah keliru dan cemas... . "Bawa bertenang semua, cik Farhana mungkin masih dalam kekejutan, biarlah dia berehat dulu... " "Baiklah, you rehat dulu... kalau you nak apa-apa, I ada kat luar." ujar iskandar lembut. Selepas mereka meninggalkannya bersendirian baru dia dapat bertenang dan cuba fikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Seingatnya, dia hampir lemas semalam dan Farhana yang menyelamatkan dia tetapi setelah ditolak oleh ombak yang kuat, dia pengsan kerana terlanggar bucu kapal... kalau dia diselamatkan, kenapa Farhana tidak? Kalau Farhana ada... kenapa mereka yakin yang dia adalah Farhana... . kalau mereka yakin yang dia Farhana... . ini bermakna Farhana takde di sini... . jadi di mana Farhana. "Doktor! Dia dah sedar... Dia dah sedar...!!" Pandangan yang samar tadi mulai menjadi jelas. Gadis itu melilau melihat keadaan di sekeliling... terlalu asing buat dirinya. "Nampaknya setakat ni takde apa-apa kecederaan yang serius, tapi dia perlu diberi rawatan lanjut... " lelaki itu mengangguk faham... "Farah, Farah jangan bimbang... Razak ni kawan Yan, dia ni doktor yang baik tau!" "Ah, kau ni Sufian... ada-ada jer... " gadis itu keliru. "Saya kat mana ni?" "Farah ada di hospital... " "Awak siapa?" Sufian kaget. Dia dan Razak berpandangan hairan. "Cik Farah tak kenal dia siapa?" gadis itu menggeleng. "Habis cik Farah ingat tak apa yang terjadi sebelum ni? Kenapa cik farah ada di sini?" Farah menggeleng lagi. Razak termenung seketika. "Apa yang terjadi razak... dia tak ingat apa-apa ker?" "Cik Farah tahu tak... siapa cik farah yang sebenarnya?" Farah memandang mereka, dia cuba berfikir tapi fikirannya kosong...
"Saya...
saya tak ingat apa-apa... fikiran saya kosong... " ujar farah cemas... "Aku rasa dia menghidap imnesia... " Sufian ternganga... . dia memandang Farah yang masih dalam kekeliruan dan ketakutan… "This is our house..." Farah tergamam... Wau... macam syurga! "Ini bilik Hana... Hana berehat ye, kalau ada apa-apa call mama ok?" Farah mengangguk perlahan. Mujurlah mereka tak perasan siapa dia... dengan mudah mereka ditipu oleh wajahnya... . dan farah berpura hilang ingatan... Farah melihat gambar yang terletak di meja solek... dan melihat wajahnya sendiri... . mereka sama... mustahil dalam dunia ada dua orang yang mempunyai rupa yang serupa... tapi itulah kekuasaan Tuhan! Takpe ke tipu mereka ni? Ah! Aku pun cuma membantu, kalau mereka tahu Farhana yang sebenar dah hilang tentu mereka sedih! Tapi kalau mereka tahu kebenarannya kelak... apa akan terjadi? Tidak, selagi Farhana sebenar tidak muncul mereka takkan tahu hal sebenar! Tapi di mana Farhana? Apa terjadi pada dia? cedera ke, hidup ke... . takkan tak nak ambil tahu? Ah... ini semua takdir... aku telah diberi peluang untuk menikmati semua yang menjadi impian aku... . walau hanya untuk sementara?! Farah menutup telinganya seolah benar-benar ada orang berbicara di telinganya. Puas berperang dengan diri sendiri, dia terlentang dia atas tilam empuk kepunyaan Farhana! Kenapa dunia ni tak adil... walaupun kita sama tapi berbeza... . detik hati Farah. "Farah... masuk nak!" Farhana melangkah masuk dengan perasaan was-was. Sufian mengaku yang dia adalah teman baiknya... wanita ini pula mengaku yang dia adalah ibunya tapi... sepanjang dia sedar dia tak rasa yang mereka mempunyai ikatan dengannya. Farhana keliru... kadang-kala imbasan kenangan lama ada menjelma, walaupun tak jelas tapi tak ada satu pun yang ada kaitan dengan orang di sekelilingnya kini... .atau persekitarannya sekarang... . Farah rasa seronok dengan kehidupannya sekarang... rumah mewah, kereta berserta pemandu, papa mama yang kaya dan baik hati serta tunang yang tampan. walaupun rasa bersalah, tapi farah tak dapat mengawal perasaannya... dia benar-benar jatuh hati pada Iskandar. Lelaki itu terlalu baik... tutur katanya lemah lembut... dia juga penyabar dengan kerenahnya... tapi dia tegas dengan keputusannya... tiba-tiba farah rasa takut, bagaimana kalau farhana muncul semula... semuanya pasti akan hancur!Tapi... dah hampir 6 bulan berlalu, tiada sebarang berita... Farhana semakin keliru dengan kehidupannya... setiap kali dia dapat teringatkan sesuatu... dia berasa curiga... siapa mereka yang dia ingati ini? Kenapa tiada satu pun kenangan dengan ibunya yang satu ini... dia ternampak seorang wanita dan lelaki yang dipanggil papa dan mama, tapi siapa mereka? Satu-satunya perkara yang membuatkan farhana gembira adalah Sufian... lelaki itu rasanya adalah lelaki yang paling baik yang pernah ditemuinya... terlalu baik... bersama dengannya membuatkan dia hilang segala keresahan... tapi itu tak bermakna yang dia lupa akan masalahnya... siapa dia sebenarnya… Apabila ibunya tiada di rumah... Farhana mengambil peluang menyelongkar bilik stor yang menyimpan barang-barang dan dokumen lama... dia sendiri tak tahu apa yang di cari... . sehinggalah dia menjumpai salinan sijil beranak... . Siti Farah bt Abu Kassim... lahir 20 mac 1981... jam 7.40 petang... Siti Farhana bt Abu Kassim... lahir 20 mac 1981... jam 7.28 petang... Farhana keliru... dia ada kakak kembar?! Tapi di mana kakaknya itu... kenapa tiada siapa pun pernah sebut tentangnya?Farhana... nama macam pernah dia dengar... . "Sufian!" Farhana segera menerpa ke arah pemuda itu sebaik saja pemuda itu sampai ke tempat perjanjian mereka... "Kenapa ni Farah! Kau nampak macam cemas jer... " "Kau tahu tak apa-apa pasal kakak kembar aku? Betul ke aku ada kakak kembar!" Sufian terkejut... "Kenapa tiba-tiba kau tanya macam ni?" "Aku tahu... pasti kau mengetahui tentang kembar aku kan?" "Tapi aku dah janji takkan sebut tentang perkara ni... " "Jadi betullah aku ada kembar... mana dia? apa yang terjadi pada dia?!" mulanya sufian berkeras tidak mahu beritahu tapi farhana terus memaksa sufian... dan sufian terpaksa mengalah... "Mulanya Yan pun tak ingat pasal perkara ni... sebab masa tu kita kecil lagi... Yan baru berumur 5 tahun... dan farah 4 tahun... Yan tahu pun pasal masa tu farah beritahu Yan yang farah terjumpa dengan seorang gadis mirip wajah farah... mulanya Yan tak percaya hinggalah Yan sendiri bertembung dengan gadis tu. Dalam sama-samar yan ingat yang Farah ada kakak kembar tapi Yan pun tak pasti... . sebab tulah Yan tanya dengan mak Yan... puas Yan pujuk baru dia beritahu... memang Farah ada kakak kembar... farhana namanya... dulu masa kecil kita selalu main bersama... sampailah umur korang 4 tahun tu... kita balik saja dari kedai dengan mak Yan... kakak farah dah takde... makcik cakap yang Farhana dah hilang... Itu saja yang mak beritahu Yan. Dia suruh Yan jangan beritahu perkara ni pada farah... " Farhana menarik nafas panjang... . tidak! Dia mesti dapatkan kebenaran... dan perkara ini, selain ibunya mak sufian juga pasti mengetahuinya... farah segera berlari tanpa sepatah kata... sufian yang bimbang hanya mengekori dari belakang... "Makcik... mana kakak kembar Farah... Farhana!" wanita itu terkejut! "Ibu... " Farhana menegur ibunya. "Farah... mana Farah pergi, puas ibu tunggu nak ajak Farah makan. Dah mari makan... ." "Mana kakak bu?" ibunya terpaku... "Apa maksud kau!" "Ini... Farah jumpanya dalam stor!" ujar Farhana sambil menunjukkan salinan sijil beranak... "Kakak kau dah mati!" "Ibu tipu! Ibu serahkan kakak pada orang lain!" Ibunya terduduk. "Mana kau tahu semua ni?" "Makcik yang beritahu farah... kenapa bu kenapa!" ibunya menangis... mengenangkan peristiwa yang sudah lebih 10 tahun dirahsiakannya! "Sebenarnya... mak pun tak ingin perkara ni berlaku... tapi mak terpaksa juga melakukannya demi kebaikan kakak kamu... " akhirnya ibunya membuka mulut. "Masa tu kakak kau sakit... dah banyak kali mak bawa pergi hospital... banyak kali dia kena suntik... . tapi tak baik-baik juga. Suatu hari tu, mak tiri kau datang... dia nak ambil salah seorang dari kamu kerana dia tak boleh lahirkan anak... sebab tulah mak serahkan juga kakak kau sebab mak tahu dia pasti akan jaga kakak kau dengan baik... sejak tu... mak tak pernah jumpa mereka lagi... " Farhana tergamam... ketika ibunya menceritakan tentang perkara itu, tiba-tiba dia seolah mendapat bayangan. Dia menajdi semakin keliru... mungkinkah bayangan yang dia dapat selama ini adalah dari kakaknya? "Sufian... awak mesti tolong saya!!" Sufian mengangguk setuju setelah mendengar rancangan Farhana. "Inilah rumahnya... " Farhana terpaku... Rumah ni... macam dia masak benar dengan rumah ni... mungkin kerana dia selalu mendapat bayangan tentang rumah ini barangkali... pujuk hatinya. Dia membunyikan loceng... "Eh cik! Kenapa cik... " wanita itu terdiam kehairanan lebih-lebih lagi apabila melihat Sufian yang bersama dengan gadis itu.
Farhana
melangkah masuk... tiba-tiba hatinya berdebar... rumah itu memang seperti
amat dikenalinya... bukan sekadar bayangan tapi kenyataan!! Segala di
rumah itu... "Hana... kenapa Hana... siapa tu?" seorang wanita yang turun dari tingkat atas menegur... "Mama... " Sufian hairan... Farhana juga keliru! "Eh, kalau tak silap mama Hana bukan pakai baju ni tadi pergi kerja... " Farhana tak mendengar apa yang wanita itu bebelkan... dia memerhatikan sekeliling rumah itu dan terasa seperti rumah itu berpusing mengelilinginya... "Aaaarghhhhh!!!!!" serentak itu dunianya gelap dan dia turut rebah... "Hana!" "Farah!"... .. Tut!Tut! "Datuk panggilan dari datin... " "Sambungkan... " Abu Kassim menyambut gagang telefon. "Hah kenapa ni?... apa!... " "Kenapa uncle?" Abu Kassim memandang Iskandar.. "Farhana pengsan di rumah... " "What! How come... dia kan ada di ofis... " mereka berpandangan hairan... "Shila... mana Farhana?" "Saya tak tahu Datuk... tadi dia dah keluar.." "Dah lama ke?" "Lebih kurang 5 minit tadi En. Iskandar... " Abu Kassim dan Iskandar saling berpandangan. Kemudian mereka tergesa-gesa pulang ke rumah... namun mereka masih berasa hairan, jika farhana baru saja keluar dari ofis... siapa pula di rumah mereka? "Farah... farah! Jangan... lepaskan... !" mereka semua saling bertukar pandangan. Datuk Abu Kassim kemudiannya menarik Sufian ke tepi... "Siapa kamu dan siapa dia?" tanya Abu Kassim tegas. "Saya pun tak faham... yang saya tahu kami ke sini nak cari Farhana... kakak kembar Farah... " "Kakak kembar?" Datin Suhana terkejut. "Sebenarnya mereka adalah anak Pn. Rogayah... ." ujar Sufian perlahan. Abu Kassim terkejut mendengar kata-kata Sufian. Suhana terduduk. Iskandar keliru dan hairan. "Kenapa... kenapa... " Abu Kassim memandang isterinya meminta penjelasan... air mata Suhana sudah mengalir deras... "Papa... mama... "mereka semua menumpu kepada gadis yang baru sedar itu. "Far... Farhana?" "Papa... mama... apa yang terjadi.. mana Farah?" mereka semakin hairan. Abu Kassim segera mencapai gagang telefon dan mendail. "Shila... cik Far... Farhana dah balik?" "Belum? Takpelah... " "Apa sebenarnya yang terjadi? Uncle.. untie... " "Uncle pun tak faham apa-apa... " "Su... apa yang terjadi sebenarnya?! Macam mana boleh jadi begini?" "Maafkan Su bang, maafkan Su... ! Su tak sangka boleh jadi macam ni... " "Su tipu abang! Su kata Rogayah dah mati kemalangan sebab tulah Su bawa farhana balik... tapi rupanya... " "Maafkan Su bang, Su tak berniat nak tipu abang tapi Su takut... Su takut kalau abang akan berpatah balik... lagipun Su jaga Farhana macam anak su juga bang!" "Tergamak Su buat macam ni... " suasana sepi, cuma esakan Datin suhana saja yang kedengaran. Iskandar bingung... Sufian hairan... Farhana serba salah... masing-masing tenggelam dalam perasaan. Sufian melangkah perlahan... dia menuju ke arah bumbung flat rumah tempat dia dan farah selalu lepak. Mulanya dia sangka yang Farah berubah kerana dia hilang ingatan... gadis itu sentiasa ceria dan ringan tulang... rupanya dia adalah Farhana, tunangya tampan dan berpelajaran tinggi, status dia juga tinggi... masakan dia ada peluang lagi... jangan-jangan tunangnya itu akan tinggalkan dia sebab dah tahu dia bukan anak Datin Suhan tak... tapi... langkah Sufian terhenti. Dia terdengar suara esakan... lalu dia segera berlari ke atas dan kelihatan farah di situ... "Farah... " "Kenapa? Kenapa nasib aku selalu malang! Baru saja aku impian aku ingin menjadi kenyataan... tiba-tiba saja ia hancur!! Kenapa kak Farhana selalu bertuah... dari kecil hidup mewah, tunangnya baik... tapi aku... " "Farah kau... " "Ye aku dah tahu! Aku dah tahu!" Dia teringat tadi yang ibunya menangis ketika dia pulang... pulang setelah tahu Farhana sudah kembali tapi tak sangka... ibunya meminta maaf dan membocorkan rahsia yang sudah lama terpendam... "Aku benci dia! Aku benci Farhana!" "Tapi farah... dia tetap kakak kau!" "Jadi kenapa membezakan kami... kenapa!" air mata Farah terus mengalir bagai tak sudah... "Farah... mak... " Pn. Rogayah memeluk erat anaknya. "Tak sangka rupanya selama ini kau berada dekat dengan mak... " "Gayah... " Rogayah meleraikan pelukannya. Kelihatan Abu Kassim dan isterinya Suhana berdiri di ambang pintu. "Abang... apa yang abang buat kat sini... " "Maafkan abang Gayah... abang tak tahu yang kau masih hidup!" "Betul kak... saya tipu abang kassin dan kakak. Pada abang kassim saya katakan yang kakak dua beranak dah mati sebab tu saya jaga farhana tapi pada kakak saya katakan yang abang kassim dah tak sudi nak hidup dengan kakak... " akui Suhana. Rogayah terduduk kelu. Tak sangka, kerana salah faham dan tipu muslihat... dia terpisah dengan anak dan suaminya. "Maafkan Su kak... " Suhana meluru memeluk Rogayah. "Ye Gayah... maafkan Suhana dan juga abang Gayah. Kalau dulu abang bertegas, tentu perkara ni tak berlaku... kamu dua beranak tak perlu hidup susah macam ni..." "Mak... maafkan papa dan mama ye! Biarlah kita sekeluarga hidup gembira bersama... " ujar farhana perlahan. Rogayah berfikir seketika lalu akhirnya dia mengangguk setuju. "Farah... " belum sempat farhana menghabiskan kata-katanya Farah telah berlari keluar. Tiada tempat lain, di bumbung flat itu juga tempat ditujunya. "Farah... Farah tak nak maafkan papa dan mama ke?" ujar farhana lembut... tapi Farah menepis tangannya. "Kamu semua pentingkan diri sendiri... " "Farah! Apa yang Farah cakapkan ni?" "Kakak... kakak tentulah tak rasa apa-apa sebab bukan kakak yang hidup menderita kat sini. Kakak hidup mewah... bahagia tapi saya? Saya terpaksa hidup susah dengan mak kat sini... Kakak takkan faham perasaan saya... " "Farah! Kalau boleh... kakak rela kalau dulu kau yang diserahkan pada papa... kalau masa tu kakak boleh pilih, kakak lebih suka kalau dapat tinggal dengan mak... " "Cakap memang senang... " "Tak! Kakak bukan cakap saja malah kakak akan buktikan... " Farhana menghampiri Farah. "Kakak tahu kau cintakan Iskandar bukan? Kakak rela lepaskan dia... " "Apa maksud kakak? Kakak ingat saya pengemis? Iskandar tunang kakak... dia cintakan kakak sekarang kakak nak serahkan dia kepada saya untuk apa? Nak tunjukkan yang kakak mulia?" "Bukan macam tu... tapi kakak juga tahu yang dia sebenarnya dah mula mencintai kau juga! Dia suka sikap kau yang berterus-terang... Dia sukakan perangai kau yang kebudak-budakan dan ceria... . Dia sukakan kau yang sentiasa riang... " "Betul farah!" mereka dikejutkan dengan suara di belakang. "Iskandar!" "Farah... tanpa sedar aku mula menyintai kau. perasaan ni berbeza semasa bersama dengan Farhana... percayalah... " Farah terpaku, air matanya mengalir deras. Dia hampir terjelupuk tapi sebelum sempat dia jatuh ke tanah Iskandar telah menyambut terlebih dulu. "Percayalah Farah... aku takkan biarkan kau jatuh, aku akan tetap menyokong kau!" Farah lantas memeluk Iskandar erat. Majlis doa selamat itu berjalan dengan lancar. Farhana gembira melihat papa, mama dan maknya sudah berbaik semula. Farah dan dia juga mesra... cuma... . "Sufian... kenapa awak menjauhi diri dari saya?" Sufian terkejut... "Saya... saya... " "Awak tak sudi nak kawan dengan saya?" Sufia memandang ke arah gadis manis bertudung itu. "Masakan tapi... saya risau cuma awak je yang tak sudi nak kawan dengan saya... " Farhana tersenyum. "Awak tak cuba mana awak tahu?" Sufia mengangguk faham. "Baiklah kalau macam tu biar saya perkenalkan diri saya... " "Apa khabar, saya Sufian... rakan sepermainan awak semasa kecil, sudi tak awak kawan dengan saya?" ujar Sufia sambil menghulurkan tangan. Farhana menyambutnya lembut. "Saya Farhana... terima kasih tapi saya memang sudi sangat nak kawan dengan awak... " mereka tertawa gembira. |