|
Jadilah
orang yang disenangi
Sesiapa
sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga
dan masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat
memberikan anda tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai.
 |
Buangkan ego diri yang
menjadi pemisah bermesra dengan orang lain. Rasakan diri kita dengan
orang lain adalah sama sahaja. Cara ini memudahkan kita berkomunikasi
dengan baik. |
 |
Usahakan supaya orang
lain berasa dirinya penting. Keinginan menjadi orang yang penting
merupakan sifat semulajadi manusia dan rangsangan yang paling berkesan
pada sifat manusia. Antaranya, setiap orang ingin supaya kata-katanya
dipertimbangkan dan dihargai, setiap orang mahu dirinya dianggap
penting dalam sesuatu lingkungan walaupun kecil dan setiap orang ingin
mendengar penghargaan yang tulus ikhlas. |
 |
Jika berbuat kesalahan
dengan orang lain, jadikan sikap meminta maaf sebagai amalan,
sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri, “Maaf, ibu
terpijak kaki Along” atau sebagainya. Secara tidak langsung amalan ini
akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu lazimkan
mengucap “maaf’, “tolong”, “terima kasih” dan sebagainya. |
 |
Anggaplah setiap orang
yang kita temui memiliki suatu keistimewaan yang tidak ada pada diri
kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih
murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini,
keegoan akan dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian mahupun di
khalayak ramai. |
 |
Jadilah seorang
pendengar yang baik. Untuk memahami seseorang, kita perlu mendengar
perbicaraan mereka. Sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan
permasalahan yang mereka hadapi, mendengar sudah cukup untuk
mengurangkan tekanan mereka. jika dalam percakapan atau tindakan
seseorang itu terdapat sesuatu yang tidak kena, elakkan mengkritik
ketika itu juga. Lihat pula suasana dan moodnya. Kadang kala
persahabatan yang ingin terus dikekalkan memerlukan kesabaran kita.
Kita tidak boleh terus mengkritik sekalipun pandangan kita adalah
benar. Memberi kritikan secara tidak langsung akan memberikan kesan
yang ketara terhadap seseorang yang mudah tersinggung. |
|