 |
Jangan sengaja
lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain
cerita. |
 |
Jangan masuk ke bilik
air tanpa memakai alas kaki ( selipar ). Takut kalau-kalau terbawa
keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. |
 |
Jangan makan dan minum
dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. |
 |
Jangan biarkan pinggan
mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapaan. |
 |
Jangan tidur selepas
solat Subuh, nanti rezeki mahal ( kerana berpagi-pagi itu membuka
pintu berkat ). |
 |
Jangan makan tanpa
membaca Bismillah dan doa makan.
Nanti
rezeki kita dikongsi syaitan. |
 |
Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati
dalam perjalanan. |
 |
Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan. |
 |
Jangan biarkan mata
liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. |
 |
Jangan bergaul bebas
ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. |
 |
Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila
masa. |
 |
Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang
kita bersalah. |
 |
Jangan mengumpat
sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. |
 |
Jangan lupa bergantung
kepada Allah dalam setiap kerja kita.
Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa
pula. |
 |
Jangan bakhil untuk
bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. |
 |
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa. |
 |
Jangan biasakan
berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih
orang kepada kita. |
 |
Jangan suka menganiaya
manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan
Allah. |
 |
Jangan terlalu susah
hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya. |
 |
Jangan mempertikaikan
kenapa Islam itu berkata Jangan. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. |