|
Masalah memilih bakal pasangan hidup,
perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing.
Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah
pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali
pasangan. Mengenali pasangan pada dasarnya bukanlah sekadar keluar
berjalan-jalan, dating atau berborak tanpa batasan. Konsep lima 'K'
diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu Kenal, Kelas, Kufu, Kasih dan
Kahwin.
 |
Kenal |
Kita di suruh kenal atau takruf
pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata
mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal
orangnya, hati budinya, kita disuruh dan mencari orang yang boleh
dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar R.A. di mana beliau bertanya
kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi.
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia?
Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan
setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"
Itulah yang dinamakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu
apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik-merisik
latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah
pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari
corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya. Adalah berdosa besar
jika antara kedua dua belah pihak berbohong. Apabila sudah saling
mengenali, Tolak Ansur dapat dibuat dalam apa juga perkara.
 |
Kelas |
Kita kenal tetapi kita kena bersifat
pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan
hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan
berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran
agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka
yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam
Islam, sentiasa peka, sanggup menerima teguran dan memberi teguran dan
saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam.
 |
Kufu |
Kufu amat diberatkan, dari segi
pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika
terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama
supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga daripada segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia
perlu di titik beratkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin,
susah untuk seiring dengan keturunan kaya.
Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40
tidak wujud kerana Rasulullah, Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak
yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan
fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan
suaminya bila sudah lama berumahtangga.
Istilah kufu banyak di tekankan
dalam Surah AnNur : ayat 26
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik
dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua,
segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri
mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat
menerima kepimpinan daripada suami.
Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan.
Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
 |
Kasih |
Kasih bukan bermakna berkasih atau
bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua
belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum
berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis.
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan
mengakhirinya dengan perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita
itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau dengan melihat itu boleh menjamin
kasih sayang di antara kamu"
Sememangnya terdapat "Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan
yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada hati
kaum lelaki". Kalau tak berkenan, jangan dipaksa hati sebab ia bukan satu
permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia
menjamin kebahagian rumahtangga,.
Hadis Nabi ada menyatakan
"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana kedudukan ia hanya
mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkahwin dengan
wanita kerana Kekayaan, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa
yang menikahi kerana Keturunan, Allah akan menghina keturunanya dan
Barang siapa yang berkawin dengan Niat baik dan kerana Allah
demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim,
Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila niat kita dipasakkan dengan
betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak
geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan
tidak timbul perselisihan faham.
 |
Kahwin |
Redha terhadap pasangan masing
masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya
"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang
mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang
sempurna dan apabila kita Redha dangan pasangan bermakna kita redha dengan
kekurangan mereka"
"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk suami atau isteri.
Baik yang dimaksudkan, sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan
mengatasinya"
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya
selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi masalah sekiranya si
isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba
memantapkannya dari masa ke semasa. Begitu juga sebaliknya masalah berlaku.
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan dihati nanti "aku
ubahlah perangainya". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan
mempunyai hati yang lembut dan mudah dibentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki.
Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya kerana
lelakilah yang menjadi ketua keluarga.
"Seorang sahabat, Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut
berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah S.A.W. Suatu hari
Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat
rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam
yang ditawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang
sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq ingin berjumpa Marsat dan duduk
berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak
dengan alasan dia kini beragama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia
membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada
Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar
kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi
rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah
kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi
kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada
Rasulullah sama ada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Surah Al Baqarah :
"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya
berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik
walaupun cantik." |