-
Yang berkemampuan sebagaimana
hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang
bermaksud :
"Wahai permuda-pemuda, barang siapa di antara kamu bernikah, maka
hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan
amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka
hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang
dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang
biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.
Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan oleh suami dan kegagalan
menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku
perceraian.
-
Boleh dijadikan sebagai ganti ayah
dan ibu. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan
yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia
rela melepaskan dirinya daripada ayah dan ibu yang selama ini menjadi
tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal
menjadi suaminya.
-
Pandai menjaga darjat diri,
apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang
baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang
mungkar dan mendahului perbuatan itu.
-
Berkebolehan didalam urusan
rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu
kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan
isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
-
Mempunyai penuh kepercayaan kepada
perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami
bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan
anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri,
ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
-
Rajin, berpemikiran luas dan tidak
memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang
tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh
isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan
menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
-
Mudah memaafkan. Sifat ini adalah
sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama
Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
-
Datang daripada keturunan orang
yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak
dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak
berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh
membawa kepada kesengsaraan hidup.
|