Bumi merdeka
yang sudah bertahun-tahun
dibina semangat warganya
kini membangun penuh cita-cita
kini mengharum menjulang nama
melimpah sinarnya ke mana-mana sahaja

Bumi merdeka ini
warganya bukan lagi bermimpi
tetapi mereka perlu bijak berdikari
perlu yakin dan berani
pada kebolehan diri sendiri
kerana setiap hari bebannya
semakin besar dan membimbangkan

Dengan asas yang dibina
warganya perlu kuat berusaha
para pemimpinnya perlu gigih merencana
dan pemimpinnya perlu bijak
mengurus kesejagatan
demi satu cita-cita bersama
memerlukan warga merdeka
yang berjiwa besar
dan bersemangat patriotisme