
|
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya kitakan kembali. Renungkan... perjalanan hidup sehari-hari, berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk mengingati Allah, menghadap serta memohon rahmat dan ampunanNya. Tentu masanya jauh lebih singkat daripada masa yang diperutukkan untuk menyelesaikan permasalahan hidup sehari-hari. Cermin kembali diri sendiri... berapa banyak amal yang telah disumbangkan untuk Islam. Berapa banyak masa yang diluangkan untuk bertaqarrub dengan Allah. Terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan iman di hati ini dengan iman para sahabat... betapa nikmatnya iman dan manisnya amal... tidak berganjak sedikitpun daripada solat, meskipun tombak terpacak di bahu belakang. Masya Allah, iman apakah yang mereka miliki ini?... berlinangan air mata menahan sayu apabila membaca Al-Quran. Tapi kita? Pernahkah basah sepasang mata kita ini sewaktu mengalunkan kalimah suci milik Allah? Seringkah kita merintih ketika berbual dengan-Nya di dalam solat? Kerapkali, solat kita dinodai dengan angan-angan, tentang hal-hal keduniaan. Tanpa kita sedar, solat kita selesai... langsung tiada kesan yang ditinggalkan dalam diri. Seringkali terlupa bilangan rakaat yang telah dikerjakan, acapkali juga tertinggal tahiyyat awal. Lantaran itu lahirlah ungkapan, "Jika ingin mencari barang yang hilang, maka carilah di dalam solat. Nescaya anda akan menemuinya." Begitulah perumpamaan yang dibuat oleh mereka yang lalai dalam solat, di mana ketika solatlah fikirannya menerawang, mencari barang yang hilang. Ditambah pula dengan bisikan syaitan dan hasutan nafsu. Iman yang setipis kulit bawang langsung menjadi rapuh seperti musnahnya sarang labah² ditiup sang angin. Lantas, bagaimana cara memperbaiki diri yang selama ini diselimuti dosa ini? Wahai Insan :-
Wahai diri, iringilah sejarah para rasul dan sahabat. Contohilah qudwatun hasanah yang mereka tunjukkan. Semoga kita digolongkan bersama mereka di akhirat kelak. 12 Golongan Di Akhirat
Sabda Rasullulah s.a.w : "Kubur adalah umpama sebuah taman syurga atau merupakan sebuah lubang neraka." Maka ketawalah dengan kadar yang sedikit dan menangislah dengan sebanyak-banyaknya.
Kemana Roh Kita Apabila Sudah Keluar Dari Jasad?
Tanda Orang Mukmim Di Akhirat Menurut Rasullulah, orang yang mukmim dikenali melalui wajah mereka yang putih disebabkan wuduk. Bila kiamat datang, maka malaikat datang ke kubur orang mukmim sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud. Bekas sujud tidak dapat dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil "Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, tetapi debu itu ialah debu keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang yang melihat para mukmim itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayanKu dan hamba-hambaKu."
Firman Allah : |