bullet

Pakaian cerdik pandai ialah sentiasa merendah diri.

bullet

Rindu tidak salah tetapi menanggung rindu teramat payah.

bullet

Sayang mudah diucapkan, sukar ditafsirkan, senang membinasakan.

bullet

Ibu mertua pasti terlupa bahawa ketika dulu dia juga adalah menantu.

bullet

Kenangan hari ini adalah paling manis untuk dikenangkan pada hari esok.

bullet

Berfikir sebelum bercakap adalah lebih baik dari bercakap terus tanpa berfikir.

bullet

Mengumpul ilmu sebanyak mungkin adalah lebih baik daripada mengumpul harta.

bullet

Cinta sejati umpama hantu, ramai yang bercakap mengenainya tetapi hanya sedikit yang pernah melihatnya.

bullet

Sekuntum mawar mampu hidup di tengah-tengah deretan duri-duri, mampukah kita hidup sepertinya?

bullet

Kecantikan dan keindahan menjadi buruan sesiapa sahaja walaupun ia tidak pernah menjamin kebahagiaan.

bullet

Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang, tak siapa akan menduga apa akan berlaku pada hari esok.

bullet

Wanita sentiasa menghargai kejujuran lelaki dalam persahabatan tetapi lelaki selalunya hanya sekadar mengambil kesempatan.

bullet

Senang menyatakan mudah bagi perkara yang tak pernah dilalui, senang menyatakan sukar bagi perkara yang belum dicuba.

bullet

Jaga hati orang, hati sendiri terluka. Jaga perasaan orang, perasaan sendiri terhiris. Jaga jiwa orang, jiwa sendiri terkilan.

bullet

Kita di bawah tak bermakna kita kalah, tetapi andainya kita terkebawah dan kita  tidak mahu bangkit lagi. Ternyata kita lemah.

bullet

Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan kesakitan, kesakitan melahirkan keinsafan, keinsafan menyedarkan minda.

bullet

Tiada siapa yang inginkan perpisahan, tiada siapa yang menduga pertemuan dan setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan.

bullet

Setiap dugaan yang mendatang merupakan satu ujian bagi kita.. Jika gagal kita melaluinya, maka kita akan gagal menghadapi ujian yang lebih besar dari itu.

bullet

Ketenangan bagi sebuah pengertian amat besar nilainya. Kedamaian bagi sebuah kekusutan amat berharga ertinya. Kelegaan bagi sebuah masalah amat mahal harganya.

bullet

Tidak seorang pun yang sempurna di dunia ini, masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan sendiri, kekurangan dapat menginsafkan kita. Manakala kelebihan pula dapat menyesatkan kita.

bullet

Kesunyiaan adalah perkara biasa dan harus dilalui oleh setiap insan, kesepian mengajar kita erti berdikari, kesepian mengajar kita agar lebih prihatin, malah... Kesepian mengajar diri sendiri erti menyayangi diri setulus hati.

bullet

Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang, andai pandai kita berlakon di pentas dunia... maka jadilah kita insan yang mulia dan dimuliakan, tetapi apakah erti kemuliaan itu.. jika kita lebih mementingkan dunia.. dari akhirat sendiri.

bullet

Cinta merupakan suatu perasaan yang datang dengan sendirinya, dalam diam perasaan itu kian membuak serta membuatkan kita tak sedar yang kita telah jatuh cinta, tapi ingatlah wahai temanku... cinta yang sejati memerlukan pengorbanan yang suci dan ikhlas.

bullet

Hidup tanpa dugaan.. Bukan hidup namanya.. Hidup tanpa cacian.. Bukan hidup namanya.. Hidup tanpa kenangan pahit.. Bukan hidup namanya.. Hidup dengan ilusi.. Bukan hidup namanya.. Hidup tanpa pendirian.. Bukan hidup namanya.. Hidup tanpa hati.. Bukan hidup namanya.

bullet

Perempuan bagaikan angin. Lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu. Menyaji kasih, menghidang sayang. Adakalanya mereka seperti anak, ingin dibelai, minta dimanjakan. Adakalanya mereka seperti nenek. Berleter seadanya, merungut semahunya. Namun dialah teman kembara dalam kehidupan yang sementara.

bullet

Anda tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda. Oleh itu gembirakan mereka dengan senyuman yang ikhlas dan luhur. ( Maksud Hadis )

bullet

Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang banyak dosa Nerakalah yang layak baginya. ( Maksud Hadis )

bullet

Saya tinggalkan untuk kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya. ( Maksud Hadis )

bullet

Rebutlah lima masa sebelum lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum fakir, masa lapang sebelum sibuk dana masa hidup sebelum mati. ( Maksud Hadis )

bullet

Dan Allah menyediakan bagi kamu segala apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya. Sesungguhnya demikian itu menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang memikirnya. ( Maksud Al-Quran )

bullet

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dalam keadaan yang paling baik. Kemudian kami kembalikan dia dalam darjat yang paling rendah kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Maka bagi mereka ganjaran yang tidak terhingga. ( Surah At-Thiin - Ayat 4-6 )

bullet

Hai manusia ! Sesungguhnya kami jadikan dari seorang lelaki seorang perempuan. Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal. ( Surah Al-Hujurat - Ayat 13 )

bullet

Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan di Akhirat dan janganlah kamu lupakan nasib kamu di dunia. Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi kerana Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan. ( Surah Al-Qashash - Ayat 77 )

bullet

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab ( Al-Quran ) dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan - perbuatan yang keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah ( sembahyang ) lebih besar ( keutamaannya daripada ibadah yang lain ) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Surah Al-Ankabut - Ayat 45 )