
|
Ada sebuah hadis yang panjang menerangkan mengenai solat dan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menjaga solatnya dan azab yang diterima oleh mereka yang melalaikan solat. Hadis ini banyak disebutkan oleh para penceramah ketika mengadakan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid atau madrasah. Hadis tersebut menyebut bahawa Allah S.W.T akan menganugerahkan "Lima Kurnia" atas seseorang yang menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :- 1. Rezekinya dipermudahkan. 2. Dia diselamatkan dari azab kubur. 3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari hisab. 4. Dia akan melintasi titian "Siratul Mustaqim" pantasnya seperti kilat. 5. Dia masuk syurga tanpa hisab. Itulah lima anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentiasa "Istiqamah", bila masuk waktu solat dia terus solat. Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima lima Azab di dunia ini, tiga semasa hendak mati, tiga di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas hari kebangkitan kelak. Azab di dunia itu adalah :- 1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya. 2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya. 3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik. 4. Doanya tidak dimakbulkan. 5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh. Azab semasa hendak mati adalah :- 1. Dia mati dengan keadaan aib. 2. Dia mati dalam kelaparan. 3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu. Azab di dalam kubur adalah :- 1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur. 2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam. 3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :- · "Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh sehingga terbit matahari. Melengah-lengahkan solat Zohor sehingga solat Asar. Melengah-lengahkan solat Asar sehingga solat Maghrib. Melengah-lengahkan solat Maghrib sehingga solat Isyak dan melengah-lengahkan solat Isyak sehingga terbit Fajar".Ular itu terus memukulnya sehingga hari kiamat. Setiap kali pukulan membenamkannya sehingga 70 hasta dalamnya. Azab selepas hari kebangkitan adalah :- 1. Hisabnya terlalu berat. 2. Allah murka terhadapnya. 3. Dia dicampakan ke dalam api neraka. Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis didahinya iaitu : · Hai kamu melengah-lengahkan kewajipan terhadap Allah S.W.T. · Hai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah S.W.T. · Kini sesallah kerana kamu melengah-lengahkan kewajipan kamu terhadap Allah S.W.T. Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti yang dinyatakan membawa seseorang kepada Kekufuran dan oleh itu tidak ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah berfirman dalam kitab suci yang maksudnya "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua daripada kesalahan (Syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakinya. Kalau Allah mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya seperti orang-orang yang melengah-lengahkan solat, maka sesungguhnya bertuahlah orang itu, tetapi sesiapa yang dapat memastikan tuahnya itu ? Ada disebut dalam sebuah hadis bahawa Allah S.W.T akan mengadakan "Tiga Mahkamah" pada hari hisab kelak di antaranya :- · Mahkamah pertama untuk mengadili orang kafir dan orang Islam di mana tidak ada keampunan. · Mahkamah kedua adalah untuk mengadili kewajipan dan tingkah laku seseorang terhadap yang lainnya. Mereka yang teraniaya akan dibalas di sana. Balasannya adalah sama ada diperolehi daripada orang yang dizalimi atau dibayar oleh Allah S.W.T. sendiri kalau dia mahu mengampunkan sesiapa pun. · Mahkamah ketiga akan mengadili kewajipan terhadap Allah. Di sini pintu rahmat Allah akan terbuka luas dan mengampuni sesiapa yang dikehendaki. Dengan keterangan ini jelas bahawa kita patut menerima azab yang telah ditentukan untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tetapi sifat Allah yang Maha Pengasih itu tidak ada batasnya dan dapat dia mengampunkan segala-segalanya. Sementara itu Anas R.A menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda. " Kalau seseorang meninggal dunia dengan beriman mematuhi perintah-perintah Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, maka dia mati dengan keredhaan Allah". Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulallah S.A.W bersabda. " Allah S.W.T berfirman : Aku tangguhkan melapetaka yang seharusnya ditimpa ke atas sesuatu daerah apabila Aku lihat di situ ada orang yang kerap ke masjid, kasih satu sama lain demi kepentingan dan bersedia memohon ampun pada waktu tengah malam. Abu Darba mengutuskan surat kepada Salman R.A katanya : "Habiskanlah kebanyakan masamu dalam masjid. Aku dengar Rasulallah S.A.W bersabda : masjid adalahrumah orang soleh. Allah sendiri berjanji bahawa Dia akan memberkati dan akan memudahkan melintasi Titian Siratul Mustaqim dan sesungguhnya Allah mengasihi orang yang demikian". Semoga Kita Sentiasa Dalam Keampunan Allah S.W.T hendaknya.... Amin.... |