Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu bermandi keringat
meniti gigi hari mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai menabur bakti
tanpa mahu dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.