bullet

Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

bullet

Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

bullet

Apa yang paling besar di dunia ?

bullet

Apa yang paling berat di dunia ?

bullet

Apa yang paling ringan di dunia ?

bullet

Apa yang paling tajam di dunia ?

       Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Ghazali bertanya, pertama, "apa yang paling dengan diri kita di dunia ini ?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran : 185).

          Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, kita tetap tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

         Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawah gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf: 179). Oleh itu kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, agar jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

          Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab paus, besi dan gajah. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali. Tapi yang paling berat adalah "memegang Amanah"(Al Ahzab72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana dia tidak mampu memegang amanahnya.

          Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu  dan dedaun. Semua itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Kerana sibuk bekerja kita tinggalkan solat, kerana bersukan kita tinggalkan solat.

           Pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, Manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.


Pesanan Iman Ghazali

          Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan
           Susah hati dengan sebab dunia akan menghitamkan hati tetapi susah hati dengan dosa akan memancarkan cahaya.